The following is an excerpt from the Hansard regarding the parliamentary debate on the Malaysian Anti-Corruption Bill (MACC) on Dec 16.
Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih, terima kasih. Yang Amat Berhormat sekarang sebelum dia (Abdullah Ahmad Badawi) hendak bersara, saya ucapkan tahniah kepada dia kerana dia membentangkan rang undang-undang ini kerana late is better than never.
Ada satu hakikat yang boleh tidak boleh dinafikan oleh Barisan Nasional adalah tekanan yang diberikan oleh rakyat dalam political tsunami yang berlaku pada 8 Mac tahun ini dalam pilihan raya ini. Ini adalah tekanan dan mesej yang kuat diberi oleh rakyat Malaysia.
Oleh itu ini adalah salah sebabnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan rang undang-undang ini. Nampaknya there is some light in the tunnel dan haraplah kita ini tunnel, don't leave us to another twilight zone.
Oleh itu saya tidak akan menghujahkan berkenaan apa-apa kelemahan yang ada dalam rang undang-undang ini, tetapi saya akan beri sedikit huraian mengenai keadaan rasuah di Sarawak. Di Sarawak, sekiranya semasa seseorang sebutkan rasuah, the first person that come into the mind of the people of Sarawak dengan izin, adalah Ketua Menteri Sarawak.
Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Tuan Yang di-Pertua, that is not true lah. There are millions of people there.
Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini adalah pandangan rakyat di Sarawak dan ini bukan sahaja pandangan rakyat di Sarawak. Seawal tahun 2003, 15 May 2003, satu artikel yang dilaporkan di surat khabar The Age Australia. Tajuknya dengan izin, "Being well connected goes along way in Malaysia". Saya akan baca beberapa paragraf dalam artikel ini.
"In some part of Malaysia, business and politics are inextricably linked, writes Michael Backman. The Sarawak state government gave two road construction contracts worth a combined RM79.86 million to the Malaysian company CMS Group last week.
"Last month, it gave CMS an even bigger contract, worth at least RM1,332 million over 15 years, to maintain all of Sarawak's roads. The group's most recent annual report says it is the largest and fastest-going conglomerate in the state. As well it might. It is, you might say well connected. CMS Group chairman is Sulaiman Abdul Rahman Taib.”
Sekarang dia bukan lagi chairman, dia adalah Timbalan Menteri dalam Kementerian Pelancongan.
"His younger brother, Mahmud Abu Bekir Taib is deputy chairman. Their father is Abu Taib Mahmud. He is chief minister of Sarawak and has been since 1981.
''CMS Group originally was a monopoly cement producer established to feed the building boom then under way in both states. In 1989, the Sabah government sold its stake and the Sarawak government decided that the company should list on the Kuala Lumpur Stock Exchange.
"Abdul Taib's family emerged as its controlling shareholders. The cement company was transformed into a conglomerate as a result of a host of government contracts."
Kenapa BPR tidak siasat? Di sini ada satu possible explanation. Dia (Backman) kata: "Abdul Taib has a special place in Malaysian politics. His party is a component of Prime Minister Mahathir's ruling coalition and come election time, Abdul Taib consistently delivers all or most of Sarawak's seats in the national Parliament to Mahatihir coalition.”
Adakah kedudukan seseorang dalam politik ini menjadi satu sebab kedudukan yang kuat dan sokongan yang kuat diberi kepada Barisan Nasional menjadi satu sebab BPR tidak membuat siasatan. Artikel yang saya sebut ini diterbitkan dalam The Age Australia. Ini adalah pandangan di luar negara terhadap Ketua Menteri Sarawak. [Tepuk]
Seorang Ahli: Saman dia.
Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Kalau kita meneliti company search mengenai CMS Berhad isterinya memegang RM37 million share dalam CMS. Seorang anaknya Sulaiman memegang RM29 million share dalam CMS. Anak keduanya Abu Bakar memegang RM29 million share lagi.
Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita pergi ke website CMS Berhad kita boleh dapati bahawa berpuluh-puluh surat kontrak pembinaan yang dianugerahkan oleh Kerajaan Sarawak kepada CMS dan kebanyakannya tanpa apa-apa tender dan value nya berpuluh-puluh sehingga beratus-ratus million ringgit Malaysia dan ada banyak tuduhan...
N Gobalakrishnan [Padang Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bandar Kuching mengatakan tentang puluhan kontrak yang diagihkan kepada CMS Group.
Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri juga adakah Ahli-ahli Parlimen yang ada dalam Dewan ini dan juga menteri-menteri dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga keharmonian dan juga pengagihan kontrak-kontrak di negara ini adakah mereka semua ini tidak tahu tentang ini ataupun mereka buat tidak tahu ataupun mereka sanggup melihat rakyat negara ini merana?
Adakah mereka ini mahu melihat kejatuhan satu demokrasi? Adakah Yang Berhormat Bandar Kuching merasakan ini sedang berlaku?
Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Saya percaya bahawa ramai tahu tentang keadaan ini tetapi kerana he can deliver the sits to Barisan Nasional. Oleh itu tidak ada apa-apa siasatan.
Saya ada suruh orang pergi ke Australia buat some land search sebuah company side host private limited adalah pemilik at the lake Hewton dan side host private limited itu juga syarikat anak-anak Ketua Menteri Sarawak.
Juga tuduhan yang dibuat di Jepun mengenai ada kickback atas kayu balak yang dieksport ke Jepun dari Sarawak dan saya fikir penganugerahan kontrak-kontrak Kerajaan Sarawak kepada CMS, bukankah ini satu conflict of interest?
Cabinet Minister di Sarawak mengatakan bahawa semasa keputusan dibuat Ketua Menteri akan ruckus himself keluar dari bilik mesyuarat ini tapi walaupun dia tidak hadir di bilik mesyuarat his shadow is there. His shadow is there.
Oleh itu, Cabinet Minister Sarawak yang lain mereka tidak berani tidak berikan kontrak kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarganya. Kini di Sarawak ramai kontraktor di Sarawak tidak dapat diberi kontrak oleh kerajaan, no first hand.
Tidak dapat dianugerahkan oleh kontrak Sarawak. Mereka hanya jadi subkontraktor-subkontrak dan ada pula sub-sub kontraktor. Itulah satu kenyataan dan hakikat yang benar yang berlaku di Sarawak. Oleh itu saya rasa...
Timbalan Yang di-Pertua [Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Masa Yang Berhormat.
Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ya saya akan gulung. Definisi rasuah kita mesti memperluaskan definisi rasuah. Tak betul hanya mengehadkan kepada ratification for a favour tapi ia haruslah melingkungi keadaan-keadaan seperti memberi kontrak seperti conflict of interest.
Di Thailand, Thaksin telah dihukum penjara dua tahun kerana atas tuduhan conflict of interest bukan rasuah di mana ia memberi tanah kerajaan kepada syarikat isterinya dengan harga yang murah sahaja. Ini dia dikenakan hukum dua tahun penjara.
Timbalan Yang di-Pertua [Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat.
Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa yang akan berlaku di sini? Akhirnya, saya memberi cabaran kepada commission, suruhanjaya yang akan ditubuhkan di bawah rang undang-undang ini. Make it your first priority to investigate the Ketua Menteri Sarawak selepas ditubuhkan suruhanjaya itu. [Tepuk]
Saya harap cabaran ini akan diterima dengan baik dan siasatan akan dibuat. Terima kasih - malaysiakini.com
0 comments:
Post a Comment